Selasa, 5 April 2016


KESAN MODEL  PEMULIHAN INTENSIF DAN BERTERUSAN TERHADAP KEMAHIRAN BACAAN DAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH.

ABSTRAK
Kesan Model  Intensif Dan Berterusan Terhadap Pencapaian Bacaan Dan Tulisan Jawi Dalam Kalangan Murid Pemulihan Sekolah Rendah.

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Kesan Model  Intensif Dan Berterusan (MPIB) Terhadap Pencapaian Bacaan Dan Tulisan Jawi Dalam Kalangan Murid Pemulihan Sekolah Rendah. Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF melalui Program j-QAF  telah dijalankan semenjak tahun 2004. Program ini bertujuan memulihkan masalah keciciran bacaan dan tulisan jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. Matlamat pembelajaran model pemulihan jawi adalah untuk memastikan murid sekolah rendah yang tamat persekolahan tahun enam dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi apabila melangkah kaki ke sekolah menengah. Laporan daripada Unit j-Qaf negeri Perlis menunjukkan bahawa murid-murid  pemulihan jawi masih perlu dibantu agar dapat menguasai kemahiran bacaan dan tulisan jawi. Kelemahan murid pemulihan untuk membaca dan menulis jawi menjadikan murid ketinggalan dalam pembelajaran Pendidikan Islam yang sepatutnya dipelajari melalui versi tulisan jawi. Kegagalan membaca dan menulis akan menyulitkan murid daripada mengikuti pembelajaran ilmu-ilmu Islam khususnya membaca Al-Quran dan Hadis. Kesannya murid akan semakin ketinggalan daripada pengetahuan agama dan membawa kepada masalah sosial yang berleluasa. Oleh itu objektif kajian ini akan melihat kesan daripada MIPB terhadap kemahiran bacaan dan tulisan jawi bagi murid pemulihan tahun lima sekolah rendah. Reka bentuk kajian  menggunakan kaedah kuasi-eksperimental. Kumpulan eksperimen akan mengikuti Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dan kumpulan kawalan akan mengikuti kaedah pembelajaran pemulihan konvensional. Pengumpulan data kajian  berdasarkan gabungan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif akan dikumpulkan melalui instrumen soal selidik dan skor pencapaian ujian pra dan pasca. Manakala data kualitatif akan dikumpulkan melalui kaedah temu bual terbuka daripada guru pemulihan dan waris murid pemulihan. Analisis secara statistik deskriptif dan inferensi dijalankan untuk melihat tahap penguasaan bacaan dan tulisan berdasarkan min, mod dan sisihan piawai. Ujian Korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan antara tahap pencapaian kemahiran membaca dan menulis jawi dengan penggunaan bahan sumber mengajar jawi dan peruntukan masa bagi p&p jawi.



1.0       Pendahuluan

Tulisan Jawi sangat berperanan dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Alam Melayu. Kedatangan Islam pada tahun 1414 melalui Negeri Melaka, menandakan bermulanya penggunaan tulisan jawi di Tanah Melayu  dan  penggunaannya berkembang dengan aktif sehingga awal tahun 1900-an selaras dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu (Hamdan Abdul Rahman, 1999). Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara non-formal, iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madrasah. Sistem persekolahan formal mula diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar beragama Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada yang ditulis dengan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980)

Setelah Tanah Melayu menerima pengaruh penjajahan barat peranan tulisan Jawi semakin berkurangan dan digantikan dengan tulisan Rumi. tulisan Jawi hanya digunakan dalam urusan keagamaan seperti di masjid, surau, pondok dan secara beransur-ansur terpinggir daripada arus perkembangan kurikulum perdana. Fungsi dan peranan tulisan Jawi pada kurun ke 17 dan 18 begitu diagung-agungkan penggunaannya. Kini semakin sepi dan layu (Hashim Hj Musa, 1999). Berasaskan taburan dan lokasi wilayah, tulisan Jawi digunakan dengan meluas di negeri-negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung (Kang Kyoung Seock, 1990). Selain itu tulisan Jawi dijadikan sebagai medium penulisan dalam akhbar Utusan Melayu dan majalah seperti Dian, Jawi Peranakan, Warta Malaya dan Pelita Bahasa. Akibat daripada kemerosotan jualan dan sambutan yang rendah terhadap penerbitan maka pihak penerbit tidak dapat menampung kos pengeluaran sehingga menghentikan pengeluaran surat khabar dan majalah bertulisan jawi. Semenjak itu tulisan Jawi kian terpinggir oleh masyarakat terutama dalam kalangan murid-murid sekolah (Berita Harian, 20 November 2000).
Kemerosotan penggunaan tulisan Jawi dalam penerbitan dan bahan bacaan jawi dalam masyarakat Melayu diambil alih oleh tulisan Rumi yang terus berpengaruh dalam sebahagian besar sistem pembelajaran di negara ini (Hashim Hj Musa, 2005). Tulisan Rumi juga mengambil peranan sebagai tulisan dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu dalam kurikulum sekolah. Oleh itu kelemahan menulis dan membaca dalam kalangan pelajar telah meningkat memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu tidak lagi diajar menggunakan tulisan Jawi. Selain itu ketiadaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam tulisan jawi juga menyumbang kepada peningkatan masalah mengenal, membaca dan menulis tulisan jawi (Muzni Haji Borhan, 1995).
Kekurangan penggunaan tulisan Jawi dan kelemahan pembaca membaca dan menulis jawi di peringkat sekolah rendah, terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah. Kesannya terdapat murid yang langsung buta tulisan Jawi dan semata-mata bergantung kepada tulisan Rumi walaupun dalam urusan membaca Al-Quran dan hal-hal keagamaan. Sejak kebelakangan ini kerajaan mula menggalakkan kembali penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat Melayu agar ia kembali berperanan sebagaimana 700 tahun dahulu. Agama Islam sangat menekankan kemahiran membaca dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Program j-QAF adalah antara usaha memperkasa tulisan jawi dan Pendidikan Islam dalam pelaksanaan kurikulum semakan Pendidikan Islam (Buku Panduan Dasar, 2004). Program j-QAF ini dibina berasaskan idea Y.A.B  Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Badawi yang berhasrat melahirkan murid-murid di sekolah rendah yang khatam Al-Quran. Beliau juga menyarankan agar Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardhu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan bermula di sekolah rendah (Panduan Pelaksanaan Model-model j-QAF, 2004). Program ini telah diamanahkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dan guru-guru yang dilatih khas berdasarkan modul program.
Sebanyak lima model pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan bagi mencapai matlamat program. Model-model tersebut ialah :
i.                    Model Kelas Pemulihan Jawi
ii.                  Model 6 Bulan Khatam Quran
iii.                Model Tasmi’ Quran
iv.                Model Bahasa Arab Komunikasi
v.                  Model Kem Bestari Solat

Model Kelas Pemulihan Jawi merupakan satu daripada model program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah rendah. Kelas pemulihan  wajib dihadiri oleh murid-murid lemah jawi yang telah dikenal pasti dan diperakukan oleh guru Pendidikan Islam yang terlibat dengan kelas jawi biasa sedia ada. Usaha ini diharap bukan sahaja mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi tetapi juga turut mencintai jawi sebagai satu daripada warisan budaya bangsa yang perlu dipertahankan.
Garis panduan pelaksanaan model-model tersebut telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk rujukan guru-guru j-QAF semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mata Pelajaran jawi hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid, mudah dan tidak membebankan para guru. Pendekatan kelas pemulihan ini diharap dapat menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dengan baik. Skop Mata  Pelajaran Pemulihan Jawi ini memberi tumpuan kepada aspek pemulihan yang merangkumi perkara berikut :
i.                    Menguasai huruf jawi tunggal dan suku kata .
ii.                  Menulis tulisan jawi dengan baik
iii.                Membaca tulisan jawi dengan baik
iv.                Mempelajari asas seni tulisan jawi

Matlamat program ini adalah untuk membolehkan murid yang ketinggalan jawi dipulihkan dan dapat menyertai murid-murid lain di kelas jawi biasa yang diadakan serentak mengikut jadual sedia ada. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan melalui Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF (MKPJ) untuk memulihkan masalah bacaan dan tulisan jawi. Kaedah yang sinonim dalam MKPJ ialah kaedah pengajaran yang berasaskan permainan. Manakala kaedah latih tubi membaca dan menulis kurang diberi perhatian  dalam pelaksanaan model ini.  Aktiviti permainan telah mendominasi kaedah pemulihan jawi yang dijalankan di kelas pemulihan. Masalah kelemahan membaca dan menulis jawi didapati mengurangkan kemampuan murid untuk menguasai pengetahuan Islam dan membawa kepada masalah sosial yang semakin meningkat. Oleh itu kerajaan menggalakkan usaha ke arah memulihkan murid yang keciciran jawi melalui kaedah pembelajaran yang sesuai. Model Pemulihan Intensif dan Berterusan (MPIB) adalah satu alternatif untuk membantu murid membaca dan menulis jawi  dalam kalangan murid pemulihan di peringkat sekolah rendah.

2.         Pernyataan Masalah

Masalah keciciran jawi murid pemulihan di kebanyakan sekolah kebangsaan perlu ditangani dengan segera. Kebanyakan  murid pemulihan yang berada di dalam kelas pemulihan jawi tidak dapat  menguasai kemahiran mengenal, mengeja, menulis dan membaca jawi sebelum memasuki sekolah menengah. Meskipun program j-Qaf dilaksanakan di peringkat sekolah rendah tetapi murid yang berada di kelas pemulihan jawi perlu dibantu. Justeru itu guru dan pihak bertanggung jawab perlu melipat gandakan usaha dan mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid melepasi tahap pemulihan. Kelemahan murid  dalam bacaan dan tulisan jawi akan menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan murid membaca Al-Quran. Malah akan menyulitkan murid untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam kerana buku-buku Pendidikan Islam diterbitkan dalam tulisan jawi. Kegagalan murid membaca dan menulis jawi akan menjadikan pendidikan Islam tidak diminati dan murid akan semakin ketinggalan dalam pengetahuan Islam.
Kajian yang dijalankan oleh Cik Normaria Che Hussin (2009) terhadap murid kelas pemulihan jawi tahun 3 dan 4 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru mendapati 50 peratus daripada murid kelas pemulihan masih tidak dapat mengeja dan membaca perkataan jawi menggunakan sistem ejaan jawi terkini. Hasil kajian  beliau mendapati pengajaran dan pembelajaran melalui buku aktiviti jawi sahaja kurang berkesan. Akibatnya keputusan ujian PKSR bulan Mac 2009 didapati merosot sebanyak 30 peratus daripada keputusan ujian bulan Februari. Kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca jawi dan menulis jawi memerlukan suatu bentuk pengajaran khas seperti latih tubi secara berterusan kerana murid kelas pemulihan jawi adalah berbeza daripada murid normal (Sumiyati, 2009).
Sebelum Program j-QAF diperkenalkan, didapati tidak ada satu langkah yang giat dan berkesan dilaksanakan untuk memartabatkan tulisan jawi. Apatah lagi usaha untuk memulihkan penguasaan jawi di peringkat sekolah rendah.  Tidak terdapat satu program atau  kaedah ‘pengajaran pemulihan jawi’ dijalankan di sekolah. Program pembelajaran berasaskan tulisan  Jawi yang banyak diusahakan lebih menjurus kaedah mempelajari jawi dengan mudah dan cepat seperti Kaedah Jawi Mudah, Cepat Membaca Jawi, Belajar Jawi dan banyak lagi. Sasaran utama kaedah  ini adalah kepada murid yang telah menguasai asas membaca dan menulis jawi. Walhal dalam masa yang sama, terdapat murid yang begitu lemah jawi dan boleh dikategorikan sebagai buta jawi.
Sehingga kini hanya Program j-QAF yang diperkenalkan melalui Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF (MKPJ) kepada murid yang lemah bacaan dan tulisan jawi. Program ini bertujuan untuk memulihkan murid yang keciciran jawi dan  dilaksanakan sejak tahun 2004. Laporan daripada Unit j-QAF, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Perlis (2010) menyatakan masalah membaca dan menulis jawi semakin berkurang, dan program ini menampakkan kebaikan dari aspek penguasaan jawi. Walau bagaimanapun status murid yang dilaporkan buta jawi masih dianggap tinggi. Kegagalan murid menguasai jawi ini menjadi penyumbang kepada kegagalan murid menguasai ilmu pengetahuan yang lebih menyeluruh (Ishak Abd Manaf & Nazirah Ibrahim, (2006);  Mohd Rosdi Mahamud, (2008); dan Akmariah Mamat et al.(2010).
Ketidakmampuan murid untuk membaca dan menulis jawi di sekolah dan membaca jawi menyebabkan  murid mempunyai sikap negatif terhadap mata pelajaran jawi dan Pendidikan Islam. Hasil kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik, (1986), Sulaiman Ngah Ghazali, (1990), Mustapha Yazid,(1991), Muhammad Endut (1992), dan Norhazliana Mohd Hasan Abdullah (2007) mendapati kekurangan bahan sumber jawi yang menarik dan sesuai telah menyebabkan murid semakin bosan untuk mempelajari jawi. Dapatan kajian juga menjelaskan bahawa sebahagian daripada murid yang gagal dalam ujian Pendidikan Islam adalah murid yang tidak dapat menguasai kemahiran jawi. Kesuntukan waktu pula menjadi daripada penyumbang kepada masalah perancangan aktiviti jawi yang kurang sempurna. Akibatnya murid semakin ketinggalan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana tidak berupaya membaca jawi daripada buku teks Pendidikan Islam dan guru tidak berkesempatan mendekati murid bagi memberi tunjuk ajar yang lebih khusus.
Sememangnya bahan sumber jawi amat sukar diperolehi sebagaimana mata pelajaran lain. Kegagalan guru untuk menyediakan bahan sumber bertulisan jawi dan menggunakannya dengan berkesan  menyebabkan bacaan dan tulisan jawi menjadi sukar dikuasai. Seterusnya mengurangkan keupayaan murid memahami kandungan Pendidikan Islam; dan Pendidikan Islam itu menjadi kurang bermakna kepada mereka. Isahak Haron dan Hassan Basri (1994) berpendapat, kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai kemahiran jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah.
Kegagalan membaca membawa kepada masalah keciciran murid dalam kelas. (http://ms.wikipedia.org/wiki/ : Wikipedia Bahasa Melayu, 2000). Kaedah membaca dan menulis yang digunakan dalam kelas MKPJ biasa lebih terarah kepada kaedah permainan. Kaedah permaianan dapat menarik minat murid belajar namun begitu,  pengajaran akan  lebih berkesan dengan menggabungkan kaedah latih tubi sepanjang pengajaran dan pembelajaran (Hasnalee Tubah & Cik Normaria Cik Hussin, (2009); dan Siti Rosmah Ahmad (2005).
Suatu tindakan yang berkesan harus diambil supaya murid dapat menguasai kemahiran bacaan dan tulisan jawi. Untuk membaca dan menulis jawi dengan baik, murid-murid harus mempelajari dan menguasai kaedah latih tubi membaca dan menulis huruf jawi dengan tekun. Oleh itu penekanan haruslah dibuat dari sekolah rendah untuk memastikan murid-murid kenal dan boleh menyambungkan suku kata-suku kata jawi. Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) hanya melibatkan proses pemulihan Bahasa Melayu tetapi tidak melibatkan pemulihan tulisan jawi.
Bagi menghuraikan permasalahan berkaitan gaya pembelajaran yang lebih berkesan, dicadangkan Model Pemulihan Intensif dan Berterusan (MPIB) menjadi alternatif untuk menyelesaikan masalah keciciran jawi dalam kelas pemulihan jawi. Pembelajaran pemulihan melalui Model Pemulihan Intensif dan Berterusan (MPIB) merupakan aktiviti latih tubi  secara berterusan seperti menyebut, membaca dan menulis isi pelajaran jawi dalam kelas pemulihan jawi. Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru perlu memastikan aktiviti latih tubi membaca dan menulis secara berterusan menjadi satu kaedah pemulihan berdasarkan sukatan pelajaran jawi bagi murid pemulihan jawi. Bahan bantu mengajar jawi juga perlu digunakan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi agar pembelajaran menjadi lebih berkesan (Akmariah Mamat et. al., 2010). Pelaksanaan MPIB dan penggunaan bahan sumber jawi yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) akan dikaji bagi mengenal pasti kesannya terhadap pencapaian bacaan dan tulisan dalam kelas pemulihan jawi. Fokus  kajian  adalah pembelajaran jawi murid tahun lima sekolah rendah. Kajian juga akan mengenal pasti kesan  penggunaan bahan sumber  dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas jawi pemulihan dan kesan peruntukan waktu pemulihan jawi terhadap pencapaian jawi.

3.         Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk :
3.1       mengenal pasti perbezaan pencapaian murid dalam kemahiran bacaan jawi antara murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas eksperimen dengan murid pemulihan jawi yang mengikuti  kelas kawalan.
3.2       mengenal pasti perbezaan pencapaian murid dalam kemahiran tulisan jawi antara murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas eksperimen dengan murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas kawalan.
3.3       mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan sumber jawi dalam
pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dalam meningkatkan pencapaian bacaan dan tulisan murid pemulihan jawi.
3.4       mengenal pasti keberkesanan peruntukan masa dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan jawi berasaskan Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan Model Pemulihan Intensif dan Berterusan.
3.5       mengenal pasti hubungan  antara pencapaian murid pemulihan jawi yang mengikuti Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran konvensional dalam penguasaan bacaan dan tulisan jawi dari aspek peruntukan masa dan penggunaan bahan sumber jawi.
3.6       mengenal pasti minat murid kelas pemulihan jawi terhadap Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jawi kelas pemulihan.
3.7       mengenal pasti tahap kesedaran guru dan waris terhadap pelaksanaan Program j-Qaf dan Model Kelas Pemulihan Jawi.

4.         Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah :
4.1       Adakah terdapat  perbezaan pencapaian murid pemulihan jawi dalam kemahiran bacaan jawi antara murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas rawatan dengan murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas kawalan?

4.2       Adakah terdapat  perbezaan pencapaian murid pemulihan jawi dalam kemahiran tulisan jawi antara murid yang mengikuti kelas rawatan dengan murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas kawalan?

4.3       Adakah terdapat keberkesanan penggunaan bahan sumber jawi dalam
pelaksanaan  Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dalam meningkatkan pencapaian bacaan dan tulisan jawi murid kelas pemulihan jawi?

4.4       Adakah terdapat keberkesanan peruntukan masa dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan jawi berasaskan Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan Model Pemulihan Intensif dan Berterusan  dalam meningkatkan pencapaian bacaan dan tulisan jawi murid pemulihan ?
4.5       Adakah terdapat  hubungan  antara pencapaian murid pemulihan jawi yang mengikuti Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran konvensional dalam penguasaan bacaan dan tulisan jawi dari aspek peruntukan masa dan penggunaan bahan sumber jawi?
4.6       Adakah terdapat perubahan minat yang positif dalam kalangan  murid kelas pemulihan jawi terhadap Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jawi pemulihan?
4.7       Sejauh manakah kesedaran guru dan waris terhadap pelaksanaan Program j-Qaf dan Model Kelas Pemulihan Jawi?

5.       Hipotesis Kajian

Kajian ini menggunakan hipotesis nul pada aras signifikan p <  .05 bagi menjawab persoalan berikut :
Ho1     Tidak terdapat  perbezaan pencapaian yang signifikan dalam kemahiran
bacaan jawi antara murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas rawatan dengan murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas kawalan.

Ho 2    Tidak  terdapat  perbezaan pencapaian yang signifikan dalam kemahiran tulisan jawi
            antara murid pemulihan jawi yang mengikuti kelas rawatan dengan murid pemulihan jawi                   yang mengikuti kelas kawalan.
Ho 3    Tidak  terdapat keberkesanan penggunaan bahan sumber jawi dalam pelaksanaan  Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan Model Pemulihan Intensif dan Berterusan  dalam meningkatkan pencapaian bacaan dan tulisan jawi murid kelas pemulihan jawi.
Ho 4    Tidak terdapat keberkesanan peruntukan masa dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan jawi berasaskan Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan Model Pemulihan Intensif dan Berterusan  dalam meningkatkan pencapaian bacaan dan tulisan jawi murid pemulihan.
Ho5     Tidak terdapat  hubungan  antara pencapaian murid pemulihan jawi yang mengikuti Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran konvensional dalam penguasaan bacaan dan tulisan jawi dari aspek peruntukan masa dan penggunaan bahan sumber jawi.
Ho6     Tidak terdapat perubahan minat yang positif dalam kalangan  murid kelas pemulihan jawi terhadap Model Pemulihan Intensif dan Berterusan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jawi pemulihan.

Ho7     Tidak terdapat kesedaran guru dan waris terhadap pelaksanaan Program j-Qaf dan Model Kelas Pemulihan Jawi.


*****Artikel diatas adalah contoh sahaja...masih banyak perlu dimurnikan ...

Ahad, 29 Mei 2011

Konsep Pendidikan Islam Menurut Ibnu Khaldun

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM
MENURUT PEMIKIRAN IBN KHALDUN :
SUATU KAJIAN TERHADAP ELEMEN-ELEMEN
KEMASYARAKATAN ISLAM

Oleh: SYAHRUL RIZA, USM, PENANG (JULAI 2008)

ISI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT
PENGHARGAAN ................................................................................................. i
ISI KANDUNGAN ................................................................................................ iii
SENARAI SINGKATAN KATA ............................................................................. v
PANDUAN TRANSLITERASI .............................................................................. vi
ABSTRAK ............................................................................................................ viii
ABSTRACT ......................................................................................................... x

BAB I. PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian ...................................................................... 1
1.2 Pernyataan Masalah ........................................................................ 9
1.3 Kajian-kajian Lepas ........................................................................ 12
1.4 Batasan Kajian ................................................................................. 18
1.5 Kepentingan Kajian .......................................................................... 19
1.6 Objektif Kajian .................................................................................. 19
1.7 Kaedah Kajian ................................................................................. 20

BAB II. KONSEP PENDIDIKAN ISLAM
2.1 Pengantar Pendidikan Islam ............................................................ 27
2.2 Definisi Pendidikan Islam ................................................................. 29
2.2.1 Pengertian Pendidikan dari Segi Bahasa ......................................... 30
2.2.2 Pengertian Pendidikan dari Segi Istilah ........................................... 37
2.2.3 Pengertian Pendidikan Dalam Islam ................................................ 38
2.3 Sumber Pendidikan Islam ................................................................ 39
2.3.1 Al-Qu’ran sebagai Sumber Pendidikan Islam ................................... 39
2.3.2 Al-Hadith sebagai Sumber Kedua Pendidikan Islam ....................... 41
2.4 Matlamat Pendidikan Islam .............................................................. 44
2.4.1 Matlamat Am Pendidikan Islam ....................................................... 46
2.4.2 Matlamat Khas Pendidikan Islam .................................................... 52
2.4.3 Matlamat Akhir Pendidikan Islam .................................................... 54
2.5 Asas-asas Pendidikan Islam ............................................................ 59
2.5.1 Asas Pendidikan Am ........................................................................ 59
2.5.1.1 Asas-asas Sejarah Dalam Pendidikan ............................................ 59
2.5.1.2 Asas-asas Sosial Dalam Pendidikan ............................................... 61
2.5.1.3 Asas-asas Ekonomi Dalam Pendidikan ........................................... 63
2.5.1.4 Asas Politik Dan Pentadbiran Dalam Pendidikan ............................ 65
2.5.1.5 Asas-asas Psikologis Dalam Pendidikan ......................................... 67
2.5.2 Asas Pendidikan Khas (Islam) ......................................................... 68
2.5.2.1 Asas Akidah ..................................................................................... 68
2.5.2.2 Asas Ibadat ...................................................................................... 71
2.5.2.3 Asas Tasyri‘...................................................................................... 74
2.5.2.4 Asas Akhlak ..................................................................................... 75
2.6 Struktur Pendidikan Islam ................................................................ 79
iv

BAB III.
KEHIDUPAN IBN KHALDUN

3.1 Latar Belakang Kehidupan Ibn Khaldun .......................................... 90
3.1.1 Latar Belakang Pendidikan Ibn Khaldun .......................................... 93
3.1.2 Latar Belakang Politik Pada Zamannya ........................................... 98
3.1.3 Latar Belakang Sosial Pada Zamannya .......................................... 104
3.1.4 Karya-karya Tulisan Ibn Khaldun ..................................................... 108
3.2 Ibn Khaldun dalam Sejarah Intelektual ............................................ 113

BAB IV. KONSEP-KONSEP PENDIDIKAN MENURUT IBN KHALDUN
4.1 Struktur Pendidikan menurut Ibn Khaldun ....................................... 119
4.2 Pandangan Ibn Khaldun Tentang Perkembangan Akal Fikiran
Pelajar ..............................................................................................
122
4.3 Fitrat Sebagai Potensi Perkembangan Pendidikan ......................... 128
4.4 Pendidikan Sebagai Penjelmaan daripada Potensi ke Kenyataan .. 132
4.4.1 Potensi Kognitif dan Fungsinya dalam Belajar ................................ 133
4.4.2 Teori Belajar ..................................................................................... 135
4.5 Klasifikasi Jenis Ilmu Pengetahuan ................................................. 139
4.5.1 Ilmu-ilmu yang Bersifat Tradisional .................................................. 140
4.5.2 Ilmu-ilmu yang Bersifat Rasional ..................................................... 144
4.6 Kaedah Pengajaran menurut Ibn Khaldun ....................................... 146
4.6.1 Gaya Mengajar atau Cara Penyampaian ......................................... 150
4.6.2 Alat Bantu dan Sarana Pendukung Proses Belajar dan Mengajar .. 151

BAB V. KEMASYARAKATAN ISLAM DALAM KONSEP PENDIDIKAN
MENURUT IBN KHALDUN

5.1 Manusia Dalam Perspektif Pendidikan Islam .................................. 154
5.2 Elemen-elemen Kemasyarakatan .................................................... 159
5.2.1 Manusia sebagai anggota masyarakat ............................................ 159
5.2.2 Perkembangan dan perubahan masyarakat .................................... 160
5.2.3 Perbezaan antara masyarakat ......................................................... 162
5.3 Aspek-aspek yang mempengaruhi kemasyarakatan ....................... 165
5.3.1 Aspek Sejarah ................................................................................. 165
5.3.2 Aspek Budaya .................................................................................. 167
5.3.3 Aspek Persekitaran .......................................................................... 169
5.3.4 Aspek Tamadun ............................................................................... 172
5.4 Pendidikan Islam berteraskan kemasyarakatan .............................. 175
5.5 Analisis akhir .................................................................................... 177

BAB VI. PENUTUP
6.1 Kesimpulan ...................................................................................... 183
6.2 Saranan ........................................................................................... 188
BIBLIOGRAFI .................................................................................. 190

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM MENURUT PEMIKIRAN IBN KHALDUN : SUATU
KAJIAN TERHADAP ELEMEN-ELEMEN KEMASYARAKATAN ISLAM


ABSTRAK

Ibn Khaldun bukan sahaja seorang ahli falsafah tetapi juga pengasas ilmu
kemasyarakatan dan sumbangannya amat besar dalam bidang berkenaan sehingga
hari ini. Beliau disifatkan sebagai sarjana agung penamat arus kebangkitan ilmu
dalam Islam semasa zamannya.
Ibn Khaldun cenderung dalam melakukan kajian tentang masyarakat dan beliau
telah meletakkan kaedah-kaedah ilmu ini sebagai asas awal dalam penulisan
sejarah masakini. Beliau merangkumkan pemikirannya tentang kemasyarakatan
dalam bukunya iaitu : Al-Muqaddimah. Selain dari itu Ibn Khaldun juga telah berjaya
membangunkan teori-teori pendidikan dalam karyanya yang sama.
Penyelidikan ini dikhususkan pembahasannya kepada konsep pendidikan Islam dan
elemen-elemen kemasyarakatan berdasarkan pemikiran Ibn Khaldun. Justeru,
penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui konsep pendidikan Islam
menurut pemikiran Ibn Khaldun yang sesuai untuk diterapkan dalam masyarakat
sekarang, di samping tidak mengetepikan elemen-elemen kemasyarakatan yang
utama berdasarkan pemikiran beliau. Perhatian akan diberikan kepada aspek-aspek
kemasyarakatan seperti : aspek sejarah, budaya, persekitaran, dan tamadun.
Penyelidikan ini menggunakan kaedah sejarah iaitu mengadakan penyelidikan yang
bermatlamat untuk memecahkan masalah yang aktual dan menganalisis secara
objektif permasalahan yang ada. Penyelidikan ini juga merupakan penyelidikan
kualitatif yang bersifat tekstual dan kontekstual dengan memfokuskan pada kajian
kepustakaan. Data yang diperoleh atau terkumpul dari kajian ini barulah dianalisis
dengan menggunakan kaedah analisis isi.
Ibn Khaldun menyarankan supaya pendidikan yang bermartabat dan bermatlamat
tinggi haruslah memerhatikan elemen-elemen kemasyarakatan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran, baik manusia sebagai anggota masyarakat yang
suka kepada perkembangan dan perubahan serta masyarakat yang selalu siap
dengan perbezaan sesama mereka, kerana ini semua akan menjadi sarana
pendokong dalam dunia pendidikan.
Kemasyhuran Ibn Khaldun dalam dunia ilmu pengetahuan pada amnya dan dunia
pendidikan Islam khasnya, hendaklah dapat dijadikan contoh teladan yang dapat
diikuti jejaknya oleh kalangan yang ingin mengembangkan wawasan
pengetahuannya. Apalagi beliau dianggap sebagai salah seorang pengasas ilmu
kemasyarakatan yang hebat.

BAB I

PENDAHULUAN


1.1. Latar Belakang Kajian.
Sebagaimana diketahui bahawa Ibn Khaldun merupakan salah seorang ulama
besar yang dihormati, sehingga kemasyhuran beliau sentiasa bersinar di setiap
zaman, sehingga sekarang ramai orang yang menaruh perhatian terhadap idea dan
pemikirannya. Beliau terkenal sebagai ahli sejarah yang bijaksana, ahli ekonomi dan
perancang pendidikan dalam memakmurkan masyarakat sebagaimana ditulis dalam
kitab Muqaddimahnya. Disebabkan oleh keahliannya, beliau dipandang bagaikan
bintang yang bersinar dalam kegelapan pada zamannya, meskipun beberapa
ketentuan perundangan yang berkaitan dengan kekuasaan politik kerajaan yang
zalim tidak lagi sesuai dengan sistem perundangan masa kini.
Bagaimanapun, beliau tetap dipandang sebagai seorang ‘alim yang memiliki
keperibadian unggul dan cemerlang fikirannya, sebab beliau banyak menggunakan
idea-idea yang tidak dapat dibantah, berwatak asli yang pantas dijadikan teladan.
Beliau juga memiliki kecerdasan tinggi, berpandangan luas dalam menganalisis
pelbagai peristiwa yang terjadi semasa hidupnya. Sehingga seluruh gejala dari
peristiwa tersebut dapat beliau jawab melalui pemikiran yang kreatif, dengan
menetapkan hukum-hukum secara logik dan didukung oleh fakta-fakta yang
lengkap, dan sahih.
Nama beliau ialah Waly al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr
Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun al-Maliki al-Hadrami, dilahirkan di Tunisia
pada 1 Ramadan 732 H / 27 Mei 1332 M, dan beliau meninggal dunia pada 26
Ramadan 808 H / 18 Mac 1406 M di Kaherah. Kawasan Khalduniyah di Tunisia
masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah yang dipercayai
tempat kelahirannya. Keluarga Ibn Khaldun telah berpindah ke Tunisia dimana Ibn
Khaldun dilahirkan, dan juga beliau mendapat pendidikan awalnya.1
Beliau sangat bijak dalam bidang kemasyarakatan terutamanya bidang sosiologi.
Selain daripada itu beliau menguasai al-Qur’an, Matematik dan Sejarah. Baginya
yang penting adalah menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian
sejarah. Kajian masyarakat menurut pandangannya merupakan, “bidang sains yang
berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri yakni tamadun manusia dan
organisasi sosialnya. Ia juga memiliki permasalahannya yang tersendiri, iaitu
menerangkan secara tersusun akan gejala-gejala yang ada hubungannya dengan
hakikat tamadun, sama ada ia berbentuk konvensional ataupun intelektual”.2
Ibn Khaldun berpandangan bahawa manusia sebagai makhluk berfikir, dengan
kemampuannya dapat memetik dan memahami hal-hal yang berada di luar dirinya.
Pada mulanya, kemampuan itu masih berbentuk potensi. Dia menjadi aktual
(mencapai suatu titik perkembangan) melalui al-ta‘lim3 (pendidikan) dan al-riyadat
(latihan) yang sesuai dengan gerak perkembangan fizikal dan mentalnya4. Atas
dasar inilah, pengaruh dunia luar terprogram dan dapat mengoptimalkan potensi
manusia ke arah yang lebih sempurna.

 Ibn Khaldun menambahkan bahawa kemampuan fikir manusia baru muncul secara
aktual, setelah memiliki kemampuan tamyiz (kemampuan membezakan). Setelah
masa itu, yang dicapai adalah merupakan akibat dari persepsi sensual dan
kemampuan akal fikirannya. Potensi akal fikiran dan semua potensi lain yang
dianugerahkan Allah s.w.t. sebagai watak manusia diusahakan untuk menjadi aktual
sesuai dengan tuntutan wataknya. Sebelumnya itu, akal fikiran dapat memperoleh
cara berfikir yang tidak dimilikinya. Dengan demikian, manusia mencari objek dan
subjek lain untuk mendapatkannya.5
Setelah itu fikiran dan pandangannya dicurahkan pada pencarian hakikat kebenaran
satu persatu, serta memperhatikan peristiwa-peristiwa yang dialaminya. Dia menjadi
terlatih, sehingga upaya mencari pengetahuan tentang hakikat sesuatu menjadi
suatu malakat baginya6. Dengan malakat tersebut, manusia lebih mengenal gejala
dan hakikat sesuatu, lalu membentuk ilmu tertentu dan jiwa generasi yang sedang
tumbuh tertarik untuk memperoleh ilmu tersebut. Malakat itu sendiri diperoleh
dengan cara berusaha dan bukan diperolehi secara perwarisan, maka dari itu
jadilah ilmu sebagai malakat yang memerlukan kepada pembelajaran.7 Bahkan
mereka meminta bantuan para ahli ilmu pengetahuan dan keterampilan. Dalam
konteks inilah menurut Ibn Khaldun timbulnya pendidikan. Jadi menurutnya ilmu
pengetahuan dan pendidikan merupakan suatu hal yang semulajadi (tabi’i)
ditengah-tengah tamadun umat manusia8. Orang Timur pada masa Ibn Khaldun
jauh lebih maju daripada orang Barat. Hal ini disebabkan adanya pendidikan dan
aktiviti ilmiah yang terurus dengan baik. Disebabkan itu orang-orang Barat pergi
(rihlat) ke Timur untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang keperluan tarbiyat (pendidikan) bagi manusia, Aziz al-Azmeh menyatakan :
“science education are natural to civilization”.9 Ibn Khaldun berpandangan, bahawa
“jiwa rasional bertahan secara semulajadi pada manusia hanyalah secara potensi”.
Penjelmaan daripada potensi kepada kenyataan disebabkan dua hal. Pertama,
keberanekaan ilmu dan persepsi baru yang muncul melalui perasaan. Kedua, oleh
pencapaian terakhir ilmu melalui kekuatan spekulasi, hingga benar-benar menjadi
persepsi aktual dan intelek murni, maka ia menjadi essensi spiritual dan essensinya
lalu mencapai kesempurnaan.10 Bertolak dari anggapan tersebut Ibn Khaldun
mengatakan, bahawa pendidikan merupakan upaya perubahan potensi (al-Taqat al-
Quswa) manusia. Jadi pendidikan memegang peranan penting dalam tamadun
manusia.

Ibn Khaldun menjelaskan :

Manusia sebagaimana makhluk hewani lainnya juga mempunyai sifat
hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan alqiza
(makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan
makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi
itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia
dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan
hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaranajaran
dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya.

Secara semulajadi potensi manusia tumbuh dan berkembang dalam tahap demi
tahap. Proses tersebut berlangsung berlanjutan sejak dalam kandungan sampai
meninggal dunia. Searah dengan itu, pendidikan bertujuan mengoptimalkan
pertumbuhan dan perkembangannya. Oleh itu, Ibn Khaldun meletakkan pendidikan
dalam kerangka tamadun (al-‘Umran). Pendidikan merupakan bahagian yang tidak
dapat dipisahkan dari tamadun. Tamadun itu sendiri adalah isi pendidikan.
Tamadun merupakan konsekuensi logik aktiviti manusia. Melalui kemampuan
berfikirnya, manusia bukan hanya membuat kehidupannya, tetapi juga menaruh
perhatian kepada pelbagai cara memperoleh erti hidup. Proses inilah yang
melahirkan upaya pendidikan dan tamadun.12 Daya olah fikiran manusia dibentuk
oleh persekitaran, lama kelamaan membentuk suatu sistem. Kristalisasi sistem
itulah membentuk kebudayaan.
Bagi Ibn Khaldun, kebudayaan (al-thaqafat) adalah suatu aspek kemanusian.
Kebudayaan mengacu pada masyarakat. Dengan kata lain, kebudayaan terbentuk
sebagai hasil kecenderungan semula jadi manusia untuk bekerja sama. Dia
merupakan alat untuk keperluan manusia. Melalui penciptaan budaya manusia
meningkatkan kondisi hidup sesuai dengan persekitarannya. Dari segi ini
pendidikan dituntut untuk dapat memajukan kebudayaan dan tamadun umat.
Pendidikan dapat mengarah pada pencapaian tingkat hidup yang lebih baik dengan
tingkat kebudayaan dan tamadun lebih maju.
Berdasarkan pemikiran Ibn Khaldun tersebut, maka dapat diketahui bahawa dia
mempunyai pemikiran pendidikan yang optimis. Pemahaman ini didasarkan pada
pendapatnya, bahawa manusia mempunyai potensi yang dapat tumbuh dan
dikembangkan melalui pendidikan. Demikian pula pendidikan merupakan salah satu
sarana perubahan budaya, yang dapat mengubah aturan hidup menjadi lebih baik.13
Ibn Khaldun memaknai fitrat sebagai potensi-potensi asas yang mengalami
perubahan secara aktual setelah mendapat rangsangan (pengaruh) dari luar.
Menurutnya, jiwa apabila berada dalam fitrat nya yang asas (fitrat al-ula) siap
menerima kebaikan dan kejahatan yang datang dan melekat padanya. Ibn Khaldun
mendasarkan teori fitratnya pada hadith yang bererti sebagai berikut: “setiap anak
yang dilahirkan dalam keadaan fitrat, maka ibu bapanyalah yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi”.14
Berdasarkan kandungan hadith di atas menunjukkan bahawa yang dimaksudkan
dengan fitrat adalah potensi baik, sedangkan yang dimaksudkan dengan menjadi
Yahudi, Nasrani, dan Majusi bermakna menyesatkannya. Ertinya ibu bapanya
(milieu) yang menjadikan perkembangannya menyimpang dari sifat dasar yang suci
dan sepatutnya berkembang ke arah yang baik itu. Hadith tersebut juga
menerangkan, bahawa fitrat yang dibawa sejak lahir itu sangat besar dipengaruhi
oleh persekitaran.
Fitrat itu sendiri tidak akan berkembang tanpa pengaruh persekitaran yang mungkin
dapat mengubah secara drastik fitrat itu, manakala persekitarannya tidak
memungkinkan menjadikannya lebih baik. Maksudnya, fitrat manusia yang dibawa
sejak lahir mengarah kepada kebaikan, namun persekitaran merupakan faktor
penentu bagi kecenderungan watak, sifat, dan perilaku manusia. Faktor
persekitaran (milieu) bergabung dengan fitrat, maka terhasilah perkembangan yang
merupakan perilaku yang berkaitan antara persekitaran dengan fitrat.

Selanjutnya Ibn Khaldun menegaskan:

Kalau yang satu telah lebih dahulu (datang) mempengaruhinya, sifat yang
lain akan menjauh dalam bentuk yang seimbang, sehingga menjadi sukar
baginya untuk memperoleh sifat yang telah menjauh itu. Orang-orang yang
memiliki sifat kebaikan itu telah terlebih dahulu mempengaruhi dirinya,
sehingga telah menjadi sifat yang tertanam dalam jiwanya, ia akan terjauh
dari kejahatan, dan sukar baginya untuk melakukan kebaikan. Apabila
kebiasaan-kebiasaan yang jahat itu terlebih dahulu sampai kepadanya,
maka akan menjauh dari sifat kebaikan.

Dalam kutipan tersebut, menunjukkan suatu teori yang dilahirkan oleh Ibn Khaldun
bahawa, manusia pada dasarnya adalah baik, pengaruh yang datang kemudianlah
yang akan menentukan apakah jiwa manusia tetap baik, atau menyimpang menjadi
jahat. Jika pengaruh baik yang terlebih dahulu datang, maka jiwanya akan menjadi
baik. Demikian pula sebaliknya. Ibn Khaldun juga menegaskan, bahawa sifat
kebaikan dan kejahatan telah tertanam sedemikian rupa, sehingga telah menjadi
malakat-nya.16
Dengan demikian, manusia diberi kemungkinan mendidik diri dan orang lain. Di
sinilah tergambar, bahawa dia memiliki kemahuan bebas untuk menentukan dirinya
sendiri melalui ikhtiarnya. Menurut al-‘Aynayn, manusia menurut al-Qur’an dijadikan
dengan fitrat tauhid. Tabi‘at asalnya adalah baik. Kemudian manusia mempunyai
kecenderungan kepada kejelekan, kerana ada ikhtiar pada manusia untuk
menerima atau menolak kejelekan tersebut.17
Al-Ghazali (450-505.H/1058-1111.M) berpandangan, bahawa setiap anak yang
dilahirkan itu, dapat menerima baik dan buruk18. Sesuai dengan pandangan tersebut
Ibn Khaldun mengakui manusia sedia menerima baik dan buruk sekaligus. Baik al-
Ghazali mahupun Ibn Khaldun keduanya mengambil sikap yang searah dengan
penegasan al-Qur’an tentang fitrat manusia. Allah s.w.t. berfirman :

Ertinya : ”(setelah kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikut mu, wahai Muhammad), ke arah agama yang jauh dari
kesesatan; Turutlah terus) “agama Allah” yaitu ugama Allah menciptakan
manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya”.19
(al-Qur’an, al-Rum : 30)

Berdasarkan maksud ayat di atas sinar tauhid merupakan fitrat dapat ditegaskan
dalam diri manusia yang terbentuk dari asal. Seterusnya hakikat hidup menurut al-
Farabi (259-339.H/870-950.M), setiap manusia itu menurut fitratnya haruslah
bermasyarakat untuk mencapai kesempurnaan hidup. Dia tidak mungkin dapat
menyelesaikan semua perkara secara tersendiri. Oleh itu, berhajat kepada
masyarakatnya. Tiap-tiap orang perlu bersikap tolong-menolong. Jika tidak, mereka
tidak akan mencapai kesempurnaannya. Hal ini terjadi dengan adanya perhimpunan
masyarakat yang saling membantu untuk mencapai kesempurnaan dan
memakmurkan dunia ini yang akhirnya terbentuklah masyarakat besar.20
Al-Farabi (259-339.H/870-950.M), mengaskan :
“Manusia secara fitratnya memerlukan hidup bermasyarakat. Mereka perlu
bermasyarakat untuk wujud dan tegak mencapai kemakmuran di dunia ini.
Masyarakat yang sempurna ialah masyarakat yang saling tolong-menolong
dalam mencapai kebahagian (al-Sa‘adat) yang berada di Madinat al-Fadilat
dan dinamakan masyarakat fadilat.

Dalam pandangan Islam seperti yang telah dikemukakan oleh Ibn Khaldun,
menunjukkan bahawa ciri-ciri masyarakat dianggap moden itu telah lama wujud
sebelum revolusi perindustrian di Eropah. Pada abad pertengahan masehi dunia
Islam sebenarnya telah jauh lebih maju berbanding dengan Eropah. Perkaraperkara
aspek moden tentang kemasyarakatan seperti yang terdapat masa kini
telah banyak dibincangkan oleh Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah. Bahkan
Ibn Khaldun sendiri telah memperkenalkan beberapa konsep penting sosiologi
seperti perbandingan desa dan kota, asabiyat atau solidariti sosial serta bidangbidang
berkaitan dengan ilmu-ilmu lain.




1.2. Pernyataan Masalah.

Selama ini, Ibn Khaldun dianggap sebagai ahli sosiologi22 yang merintis ilmu sosial
dan telah mencetuskan konsep-konsep serta teori yang bermanfaat untuk
dikembangkan. Namun demikian, Ibn Khaldun tidak hanya mendalami masalah
kemasyarakatan sahaja, beliau juga menekuni masalah pendidikan dengan
memberikan beberapa pemikiran tentang pendidikan Islam. Melalui pengalamannya
sebagai seorang pendidik, beliau banyak melibatkan diri dalam majlis ilmu
pengetahuan, mengajar, serta tekun mengadakan halaqat di beberapa negara
seperti Tunisia, Fez (di Morocco) dan Andalusia. Ibn Khaldun secara formal juga
pernah memberikan kuliah di Universiti al-Azhar dan beberapa institusi pendidikan
tinggi yang lain di Kaherah.

Melalui pengalamannya yang luas sebagai pendidik dan sebagai penganalisis yang
sangat teliti tentang realiti pendidikan pada zamannya, Ibn Khaldun membangunkan
teori-teori pendidikan Islam yang dicurahkan dalam karyanya al-Muqaddimah
walaupun karyanya itu merangkumi pelbagai aspek. Keaslian dan kedalaman
pemikirannya telah diakui oleh sejumlah ilmuan lain dan telah berhasil meletakkan
karya tersebut yang dikenali sebagai karya besar yang unik pada zamannya.
Karyanya masih terus dimanfaatkan oleh orang-orang yang berkepentingan,
meskipun Ibn Khaldun telah tiada.
Bagaimana baik dan sempurnanya suatu kurikulum pendidikan Islam yang
diterapkan dalam mencapai matlamat pendidikan Islam, namun apabila kurikulum
tersebut tidak dilaksanakan sebagaimana mestinya seperti tidak memilih kaedah
atau teori-teori pendidikan yang tepat dalam menyampaikan beberapa ilmu
pengetahuan kepada pelajar dan tidak memerhatikan elemen-elemen
kemasyarakatan yang terkandung di dalamnya, matlamat pendidikan tidak akan
tercapai. Ketidaktepatan penerapan kaedah secara praktikal akan mengganggu
proses pembelajaran yang akan mengakibatkan pembuangan masa dan tenaga
secara sia-sia. Maka dari itu, kaedah dan teori-teori pendidikan merupakan syarat
untuk mengintensifkan aktiviti dalam proses mencapai matlamat pendidikan Islam24.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi25 berkata dalam majlis pelancaran perayaan
hari guru kebangsaan ke-36, misi nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) menetapkan pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas
pertama sebagai satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020.

Oleh kerana itu, hakikat kejayaan agenda pembangunan modal insan bergantung
kepada kualiti sistem pendidikan negara yang terdiri dari :
1. Pendidik perlu terus menyambut cabaran melahirkan generasi modal insan
berdaya saing dan berfikiran global.
2. Pendidik perlu tetap berakar kepada nilai dan budaya tempatan.
3. Pendidik perlu peka dan prihatin dengan perkembangan terbaru dalam
pelbagai ilmu dan kemahiran, terutama dalam bidang pendidikan.
4. Pendidik perlu bersedia merintis perubahan demi meningkatkan kualiti
profesional itu selaras dengan usaha kerajaan menjana modal insan gemilang.
5. Keperluan dan kebajikan pendidik, terutama di luar bandar dan pedalaman
akan terus diberi perhatian26.
Berdasarkan ucapan diatas jelaslah arah pendidikan yang diharapkan oleh oleh PM
Malaysia iaitu pendidikan yang bermatlamat untuk pengembangan negara, bangsa
dan masyarakat. Oleh itu semua yang perlu dikaji sekarang apakah pendidikan
sekarang ini telah memerhatikan elemen-elemen kemasyarakatan secara
menyeluruh, kerana matlamat pendidikan Islam itu tidak akan tercapai secara
menyeluruh dan bersepadu serta berguna jika jalan yang ditempuh menuju cita-cita
tersebut tidak benar-benar tepat.
Pendidik adalah orang yang sangat bertanggungjawab dalam membentuk tamadun
manusia melalui penyebaran ilmu kepada masyarakat. Justeru, semua pendidik
mesti menyedari tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik sebagai
pendidik dan pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan
tanggungjawab secara ikhlas dan jujur. Namun demikian yang perlu kita perhatikan
sekarang sejauh mana seorang pelajar tersebut dapat menerima dan menyerap apa
yang telah disampaikan oleh pendidik dan mampu menerapkan dalam kehidupan
bermasyarakat sehingga ilmu yang telah didapati bukan sebagai teori sahaja akan
tetapi dapat berguna bagi masyarakat banyak.
Maka dari itu kajian ini ingin menyelidik lebih ke arah elemen-elemen
kemasyarakatan Islam yang meliputi pelbagai aspek seperti : aspek sejarah,
budaya, alam sekitar dan tamadun. Kesemua aspek ini mempunyai kaitan dengan
proses pendidikan, sebagaimana kita ketahui sebaik manapun suatu teori pendidik
dalam mendidik anak didik jika tanpa didukung oleh semua aspek ini tidak akan
tercapai matlamat pendidikan yang baik sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Khaldun.
Berdasarkan permasalahan-permasalahan di atas, maka persoalan kajian ini
tertumpu kepada :

1. Bagaimana teori pendidikan Islam menurut pemikiran Ibn Khaldun ?
2. Apakah elemen-elemen kemasyarakatan yang terkandung di dalam pemikiran
Ibn Khaldun ?
3. Sejauh mana aspek-aspek kemasyarakatan mempengaruhi proses pendidikan
Islam ?

1.3. Sorotan Karya. 

Sepanjang pengamatan penulis didapati ada kajian atau karya ilmiah yang berkaitan
dengan tajuk ini antaranya, Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji
Nawawi, pada suatu seminar Pendidikan Islam anjuran Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Malaya menyampaikan makalah dengan tajuk : Konsep Pendidikan Islam
dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia, (1976). Mereka menyatakan
bahawa Pendidikan Islam dalam konteks ini membawa fungsi untuk melahirkan
manusia yang berpengetahuan dan punya kesejajaran dengan dasar kehidupan
Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pengetahuan-pengetahuan yang
merangkumi ilmu mengenai hubungan antara manusia dengan penciptanya (Allah
s.w.t) yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu akidah dan cara perlaksanaan ibadah
khusus, dalam waktu yang sama berfungsi menjadikan manusia itu berilmu
pengetahuan. Mengenai hubungan sesama manusia dimanifestasikan dalam ilmuilmu
sosial Islam yang merangkumi ilmu-ilmu ekonomi, undang-undang, politik,
kenegaraan dan antarabangsa, etika kebudayaan dan ilmu-ilmu natural sains dan
teknologi yang berasaskan dasar hidup Islam. Selain itu, tabi‘i manusia itu sendiri
yang dijadikan Allah bermula dari kejadian Adam A.S adalah dimulakan dengan
persediaan penemuan ilmu pengetahuan dan cahaya kebenaran sebagai
persediaannya membawa amanah sebagai wakil Allah di bumi (Khalifat Allah Fi al-
Ard).
Zakiah Daradjat dalam bukunya yang bertajuk Kesehatan Mental, (1979) buku
tersebut menjelaskan bagaimana prinsip al-Mulayyanat dalam pendidikan, iaitu
mengharuskan pendidik agar tidak memperlakukan subjek didik (murid) secara
kasar. Menurut Ibn Khaldun, paksaan terhadap fizikal dalam upaya pendidikan
sangat membahayakan subjek didik, terutama anak-anak yang masih kecil. Dan
sikap keras pendidik menurut Zakiah Daradjat menimbulkan, “ia (anak) tidak
sanggup mengeluarkan pendapat, kadang-kadang terlalu sopan dan tunduk kepada
orang yang berkuasa”, kurang mempunyai inisiatif yang muncul dengan sendirinya,
tidak percaya pada diri dan yang dipilihnya selalu yang menjadi tanggungjawabnya
sahaja.
Menurut Idris Zakaria, (1983), dalam menyelesaikan program sarjana di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur dengan tesis yang bertajuk al-Farabi suatu
analisa tentang teori kenegaraan berdasarkan kitab al-madinat al-fadilat. Dalam bab
III tesis tersebut beliau membahaskan tentang teori kemasyarakatan dan bernegara.
Menurut beliau, setiap seorang dari manusia itu berkehendak kepada
masyarakatnya untuk mencapai kesempurnaan yang terbaik, ia tidak mungkin dapat
menyelesaikan semua perkara dengan dirinya sendiri, ia selalu berhajat kepada
kaumnya, yang mana tiap-tiap seorang beginilah keadaannya yakni perlu kepada
sikap tolong menolong. Jika tidak mereka tidak akan mencapai kesempurnaan. Ini
terjadi dengan adanya perhimpunan masyarakat yang saling bantu-membantu dan
dengan itu akan terhimpunlah hasil kepada mereka, sehingga apa yang mereka
hajati untuk mencapai kesempurnaan dari perhimpunan itu bertambahlah manusia
dan berhasil pula memakmurkan bumi, yang pada akhirnya terbentuklah sebuah
masyarakat besar.
Noeng Muhadjir pernah mengemukakan dalam bukunya, Ilmu Pendidikan dan
Perubahan Sosial, Suatu Teori Pendidikan, (1987). Beliau menegaskan bahawa Ibn
Khaldun telah mendahului banyak teori. Di antaranya manusia ditentukan oleh
faktor bakat dan keturunan semata-mata, ia lalui dengan membawa gagasan, dan
beliau menyimpulkan bahawa perkembangan manusia dalam dunia pendidikan
haruslah dilalui oleh beberapa faham pendidikan di antaranya : fahaman
konvergensi Wiliam Stern (1871-1938), fahaman nativisme Schopenhauer (1788-
1860) dan fahaman empirisme John Locke (1632-1704).
Dalam buku Perbandingan Pendidikan Islam yang ditulis oleh ‘Ali al-Jumbulati ‘Abd
al-Futuh al-Tuwanisi tahun 1994 (terj. M. Arifin,). Beliau telah menelaah tentang
pemikiran Ibn Khaldun terhadap konsep pendidikan, khasnya mengenai bagaimana
menetapkan kaedah mengajar yang harus diterapkan dalam proses mengajar ilmu
pengetahuan atau mengikutinya (Guidance ancausile), yang menitikberatkan
kepada pendidikan agama, serta beliau menyimpulkan bahawa setiap proses
belajar mengajar harus terikat dengan teori-teori pendidikan Islam yang
berlandaskan pada al-Qur’an dan Sunnah Nabi.
‘Abdullah al-Amin al-Na’mi dalam bukunya yang bertajuk al-Manahij wa Turuq al-
Ta‘lim ‘Inda al-Qabisi yang telah diterjemahkan oleh Mohd. Ramzi Omar dengan
judul Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi, (1994).
Buku tersebut menjelaskan tentang bagaimana usaha Ibn Khaldun untuk
melakukan kajian tentang kemasyarakatan Islam. Beliau meletakkan kaedahkaedah
ilmu ini sebagai motif untuk menulis sejarah dalam bentuk baru,
merangkumkan pemikiran kemasyarakatannya. Buku tersebut merumuskan
pandangan Ibn Khaldun mengenai pendidikan dan peranannya dalam kehidupan di
zamannya.
Warul Walidin, (1997), dalam menyelesaikan program Doktoral di IAIN Sunan
Kalijaga Yogyakarta telah menulis tesis yang bertajuk Konsep Pedagogik Ibn
Khaldun. Tesis ini telah dibukukan pada tahun 2003 dengan tajuk Konstelasi
Pemikiran Pedagogik Ibn Khaldun Perspektif Pendidikan Modern. Dalam buku
tersebut beliau mengatakan bahawa proses pendidikan hanya mampu menerima
sekumpulan pelajaran yang telah ditetapkan, atau sebahagian hanya mengikuti
matlamat yang ditentukan dalam kurikulum yang tersusun dalam pelajaran secara
kaku, tanpa mengindahkan masalah pedagogik yang jelas, sehingga kondisi ini
akan terperangkap dalam pemaksaan ilmu pengetahuan terhadap pelajar. Objektif
untuk mencapai target atas ukuran yang ditetapkan oleh lembaga sekolah seperti itu
tanpa disedari merupakan wujud “pemaksaan” kepada murid untuk menyerap mata
pelajaran dengan aturan yang ketat. Akibat daripadanya akan menimbulkan
masalah dalam kehidupan masyarakat.
Menurut Aiza bt Maslan @ Baharudin, (2000), dalam disertasi yang dikemukakan
bagi memenuhi syarat keperluan Ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban)
Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Kuala Lumpur yang bertajuk
Teori ‘Umran Ibn Khaldun : Kajian Khusus Kejatuhan Peradaban Islam Melaka dan
Kebangkitan Kuasa Portugis di Melaka. Dalam bab III tesis tersebut beliau
membahaskan masalah Teori ‘Umran Ibn Khaldun : Pembinaan dan kejatuhan
peradaban manusia. Beliau mengatakan bahawa Ibn Khaldun merupakan tokoh
awal yang membuat kajian secara perbandingan saintifik dan mengemukakan teori
mengenai jatuh dan bangkitnya peradaban manusia. Sumbangan besar ini
menyebabkan beliau diterima umum sebagai pengasas ‘ilm al-‘umran atau dikenali
juga sebagai ‘sains peradaban manusia’, yang mendahului kira-kira lima ratus tahun
perkembangan ilmu sosiologi di Eropah. Tesis ini lebih memahami teori ‘Umran
yang telah diketengahkan oleh tokoh tersohor ini, adalah lebih baik diteliti secara
sepintas lalu tentang elemen-elemen yang mempengaruhi perkembangan
intelektual dan pembentukan teori-teori beliau, iaitu latar belakang kehidupan yang
meliputi pendidikan dwidimensi yang diterimanya iaitu bidang keagamaan dan
falsafah, pengalaman kejayaannya, dan suasana politik yang memberi peluang
kepadanya membuat tafsiran yang lebih realiti terhadap realiti sosial.
Ghazali Darussalam dalam bukunya yang bertajuk: Pedagogi Pendidikan Islam,
(2001). Beliau membahas tentang kaedah-kaedah pengajaran dan konsep
pendidikan menurut pandangan Islam, adalah :

Kaedah pengajaran hendaklah mengikuti peringkat-peringkat pengajaran dan
mata pelajaran.
2. Kaedah pengajaran hendaklah sesuai dengan perkembangan jiwa murid.
3. Kaedah pengajaran hendaklah secara bertahap seperti, tardid, al-sama‘ alijtima‘
al-wataniy, mulakhasas, dan muhadarat.
4. Kaedah pengajaran untuk peringkat umum barulah memakai kaedah kulli yang
berbentuk al-Daqiqat (menyeluruh dan detil), atau ‘Umumiyyat (umum).

Dan beliau belum menyentuh pada elemen kemasyarakatan Islam serta teori apa
yang lebih sesuai untuk proses pendidikan.
Menurut Muhammad ‘Uthman el-Muhammady (2001), dalam makalahnya yang
bertajuk: Ibn Khaldun dan pemerkasaan budaya dan tamadun dengan merujuk
kepada al-Muqaddimah. Pandangan beliau sesuai yang apa yang disebut Ibn
Khaldun bahawa ilmu perlu menjadi sebagai malakat atau kemahiran dan
kecekapan yang sedemikian mendalam dalam seseorang dalam sesuatu ilmu
sampai menjadi tabiat kedua baginya. Beliau menyatakan bahawa malakat ini
berlaku dalam ilmu dengan manusia membuat latihan menggunakan fikiran dan
percakapan dalam ilmu dengan perbincangan serta pertukaran pendapat dan
maklumat. Cara yang paling mudah untuk memperoleh ”malakat“ ialah dengan jalan
melalui latihan lidah digunakan untuk mengungkapkan fikiran-fikiran dengan jelas
dalam diskusi dan perdebatan dalam masalah-masalah ilmiah.
Menurut Joni Tamkin Borhan dan Che Zarrina Sa‘ari (2007), dalam makalahnya
yang bertajuk: Modal Insan dan Kependudukan Dalam Pembangunan Negara
Menurut Ibn Khaldun. Beliau mengatakan bahawa Ibn Khaldun mempunyai
pandangan manusia itu sebagai modal insan yang berbeza dengan haiwan kerana
mereka mempuyai keupayaan berfikir, menentukan, memilih dan mempelajari
sesuatu untuk mencapai matlamat hidup yang lebih bertamadun. Di samping
keupayaan menggunakan akal fikiran dalam membentuk tamadun, Ibn Khaldun
melihat matlamat tamadun adalah dalam bentuk untuk memenuhi dua keperluan
utama iaitu keperluan biologi dan keperluan sosial. Maka dari itu, beliau
menyimpulkan Ibn Khaldun telah menetapkan bahawa seseorang modal insan yang
berfungsi adalah mereka yang menggunakan kemahiran berfikir mereka serta
memerlukan kepada pemenuhan keperluan asas mereka dari aspek biologi, sosial
dan spiritual mereka.
Berdasarkan kepada kajian terdahulu yang telah diterangkan di atas, maka didapati
masih ada keperluan untuk suatu kajian yang khusus mengaitkan antara teori
pendidikan dengan elemen-elemen kemasyarakatan berdasarkan pemikiran Ibn
Khaldun.

1.4. Batasan Kajian.

 Kajian ini dibatasi kepada teori pendidikan Islam menurut pemikiran Ibn Khaldun,
kemudian dianalisis untuk menelaah elemen-elemen kemasyarakatan Islam yang
terkandung di dalamnya baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Dalam kajian ini penulis menjadikan karya-karya tulisan Ibn Khaldun dan karyakarya
lain mengenainya sebagai bahan rujukan utama di sebalik kajian-kajian lepas,
di antaranya : Muqaddimah, Tarikh al-‘Alamat Ibn Khaldun, Tarikh Ibn Khaldun, Ibn
Khaldun wa al-Fikri al-‘Arabiy al-Mu‘asir, al-Ta‘rif bi Ibn Khaldun wa Rihlatuhu
Gharban wa Syarqan, Kejeniusan Ibn Khaldun, Konstelasi Pemikiran Pedagogik Ibn
Khaldun Perspektif Pendidikan Moden, Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibn
Khaldun dan al-Qabisi dan lain-lain.

1.5. Kepentingan Kajian.

Adapun penyelidikan atau kajian ini mempunyai beberapa kepentingan yang antara
lain adalah :
1. Boleh dijadikan sebagai sumber rujukan bagi pengkaji dan pembaca yang
berminat mengenainya.
2. Agar dapat menjadi input utama dalam proses pembinaan umat dalam dunia
pendidikan.
3. Kajian ini untuk dapat dijadikan bahan pertimbangan dalam usaha menentukan
kebijaksanaan dalam dunia pendidikan yang bernuansa Islamiy, baik di
peringkat nasional, serantau, mahupun antarabangsa.
4. Berguna untuk dunia pendidikan dalam menetapkan konsep-konsep baharu
yang sesuai dengan perkembangan zaman.

1.6. Objektif Kajian.

Secara khusus objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut :

1. Untuk mengkaji teori pendidikan Islam menurut pemikiran Ibn Khaldun.
2. Untuk menganalisis elemen-elemen kemasyarakatan yang utama berdasarkan
pemikiran Ibn Khaldun.
3. Untuk mengkaji aspek-aspek kemasyarakatan yang terdapat dalam proses
pendidikan menurut Ibn Khaldun.

1.7. Kaedah Kajian.

Dalam penyelidikan ini, penulis menggunakan kaedah sejarah, iaitu mengadakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk memecahkan masalah yang aktual dan
menganalisis secara objektif permasalahan yang ada.27
Penyelidikan ini dilakukan mengunakan tahapan seperti berikut :

1. Setelah memilih tajuk penyelidikan, segala buku-buku, artikel-artikel, kertas
kerja, dokumen yang berkaitan dengan tajuk dan skop penyelidikan
dikumpulkan untuk dianalisis.
2. Pembacaan dimulakan untuk memberikan penjelasan yang tepat tehadap
persoalan yang sedang dikaji.
3. Setelah mengenal pasti konsep/teori pendidikan menurut Ibn Khaldun baharu
penulis dapat menganalisis secara kritis terhadap elemen-elemen
kemasyaratan Islam yang terdiri dari unsur negara, budaya, persekitaran, dan
tamadun.
Untuk melaksanakan kaedah tersebut, pengkaji menggunakan teknik penyelidikan
kepustakaan (library research) iaitu mempelajari dan menyelidiki sejumlah buku-buku,
artikel-artikel, dan lainya yang berkaitan dengan masalah yang ingin dikaji
serta pembahasannya. Data yang diperlukan dalam penyelidikan ini merupakan
data kualitatif yang bersifat tekstual dan kontekstual, iaitu beberapa pernyataan
serta pendapat yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidikan tentang
pemikiran Ibn Khaldun.
Pengkaji menyatakan bahawa dalam menghimpun data tekstual dalam kajian ini
lebih banyak merujuk kepada al-Muqaddimah versi Arab. Manakala untuk versi
terjemahan, pengkaji juga ada merujuk kepada terjemahan al-Muqaddimah versi
Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia kerana kedua-duanya lebih hampir dengan
versi asal dalam Bahasa Arab. Walaupun terdapat juga versi terjemahan al-
Muqaddimah dalam Inggeris, namun setelah perbandingan dibuat ia lebih
mengelirukan berbanding yang Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.
Data yang diperoleh dari kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan teknik
analisis isi (Content Analysis).28 Ia melibatkan proses menganalisis isi yang
terkandung dalam sumber rujukan tentang kaedah pendidikan Islam, kaedah
pendidikan oleh Ibn Khaldun dan pemikiran Ibn Khaldun tentang elemen-elemen
kemasyarakatan.
Semua terjemahan kepada maksud ayat-ayat al-Qur’an dalam kajian ini akan
dirujuk kepada Sheikh Abdullah Basmeih, (1980), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Kepada Pengertian al-Qur’an, Kuala Lumpur: Bahagian Ugama Jabatan Perdana
Menteri.

BAB II

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM


Sebagaimana diketahui bahawa pendidikan dalam Islam mempunyai martabat yang
suci dan penting sekali dan ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari
Islam kerana merupakan tuntutan dan kewajiban. Dalam pandangan Islam mencari
ilmu dan mengajarkannya adalah suatu kewajiban yang sangat mulia, oleh itu
mencari ilmu adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim. Lebih tegas lagi, Islam
mewajibkan bagi setiap orang muslim dan muslimat untuk menuntut ilmu melalui
sabda Rasulullah s.a.w. :

طلب العلم فريضة على كل مسلم و مسلمة

Ertinya : ”

Menuntut ilmu itu adalah kewajiban atas setiap orang Islam, baik laki-laki
mahupun perempuan”.

Dengan kata lain, Islam mengajar bahawa Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib
suatu kaum sampai kaum itu mengubahnya sendiri30, dan antara cara untuk
merubah ini adalah dengan ilmu.

Pendidikan Islam juga mempunyai prinsip yang lebih unggul iaitu menghubungkan
prinsip-prinsip mengenal Tuhan, alam semesta dan diri insan secara serentak tanpa
terpisah antara satu sama lain. Sebagaimana yang terkandung dalam ayat al-
Qur’an yang pertama diturunkan, bahawasanya ia tidaklah dimulai dengan perintah
yang berhubung dengan perkara lain seperti ibadah khusus dan lain-lain, akan
tetapi dimulakan dengan perintah yang berhubung kait dengan suruhan menuntut
ilmu. Sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an:

Ertinya : “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, ia menciptakan
manusia dari se-buku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena. Ia mengajarkan manusia
apa yang tidak diketahuinya”.

(al-Qur’an, al-‘Alaq: 1 – 5)

Ayat diatas merupakan ayat yang pertama diturunkan di Makkah untuk menjelaskan
keutamaan Allah s.w.t menciptakan manusia dari yang lemah sehingga menjadi
kuat iaitu dengan menampakkan tuntutan atau kewajiban untuk membaca dan
menulis agar terlihat perbezaan antara manusia dengan makhluk-makhluk yang
lain.

Wahyu ini ialah perintah Ilahi kepada rasul-Nya s.a.w. supaya mengisytihar dan
menyebarkan risalat kepada semua umat manusia. Wahyu yang pertama ini
mengandungi perintah yang menyuruh manusia agar belajar, mengenal Tuhan,
memahami fenomena alam, memahami diri sendiri serta menghayati bahawa cara
hidup yang baik adalah tergolong dalam prinsip akidah, ilmu dan amal.32 Oleh
kerana itu, semua perkara ini adalah menjadi prinsip hidup manusia dalam
mencapai al-insan al-kamil.
Inilah ayat-ayat pertama yang diturunkan Allah s.w.t. dan ia berupa rahmat Allah
s.w.t. yang terbesar untuk umat manusia. Dalam ayat-ayat permulaan ini Allah s.w.t
menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. supaya membaca dan memperhatikan bukti
kebesaran Allah s.w.t di alam ini. Dan inilah merupakan landasan terciptanya
pendidikan Islam bagi sekalian umat manusia di dunia ini.
Islam tidaklah melihat pendidikan dari skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada
pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan
akhirat. Dalam hubungan ini Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan
yang besar; Pertama ialah ilmu fardu ‘ayn yang dituntut ke atas setiap orang supaya
mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama, seperti ilmu
agama, (tauhid, akidah, akhlak, fiqh dan lain-lain). Kedua, ilmu fardu kifayat iaitu
yang mesti ada pada sekumpulan orang dalam masyarakat tanpa melihat kepada
individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran,
ekonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
ilmu yang kedua ini menjadi fardu ‘ayn apabila tiada seorang pun muslim dalam
masyarakat itu yang mempelajarinya
Pendidikan Islam akan menyatukan semua pengetahuan di bawah pengendalian al-
Qur’an dan al-Sunnat yang merupakan teras di dalam kesyumulan dan kesatuan
ilmu-ilmu itu. Akidah Islamlah yang menjadi landasan utama bagi penentuan kehidupan manusia...

Ahad, 1 Mei 2011

Koleksi Proposal

Blog ini akan memaparkan beberapa contoh proposal kajian yang boleh dijadikan panduan permulaan bagi anda untuk memulakan penulisan...mari kita mulakan..walaupun masih banyak yang perlu di pelajari.....


KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB


ABSTRAK


Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan  hasrat kerajaan yang amat mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah. Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang  sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan dan bertulis dengan betul serta memberi gerak balas atau respon yang betul kepada pembelajaran mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974) yang  menjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor persekitaran pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman seseorang pelajar. Justeru kajian ini akan memfokuskan kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnya  kajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di sekolah rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar dan guru khususnya guru yang terlibat dengan pengajaran  tahap 1 sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu dapat meningkatkan peranan komunikasi guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekoalh rendah. Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

 1.0 Pendahuluan

Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk merealisasikan pendidikan Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan relevan untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnya  projek ini amat dialu-alukan oleh golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain di seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yang  masih muda dan belum mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi sambutan yang sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-kajian, pandangan-pandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi membantu memperkasakan lagi pelan baik ini.  

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program dan mencari rangka  penambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan menganalisis kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan bidang keguruan j-QAF dan pendidikan j-QAF itu sendiri. Selain itu kajian ini adalah kesinambungan daripada kajian pertama dahulu.

Maka berdasarkan hakikat ini penulis mencuba untuk melaksanakan  kajian ini iaitu : Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah.


2.0      Penyataan Masalah
           
Proses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkan  hasil produk yang baik dan bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan sebagai penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui proses muhasabah atau “postmortem” sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa panduan dan pedoman. Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang kukuh. Pendidikan adalah penentu corak serta mutu kehidupan seseorang manusia. Pendidikan yang utuh dan afdal akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan mulia.  Bagi menjamin agar pendidikan itu berupaya membentuk manusia dan bangsa yang kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan lagi kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab khususnya pengajaran di sekolah.
           
            Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

            Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang untuk  meninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada model j-QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru dapat menjadi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk memahami Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan Bahasa Arab dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih baik.Uguroglu (1982) mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling rapat dengan pencapaian pelajar.

            Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk belajar. Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman pelajar. Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa positif dalam kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988) menyokong pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan mereka amat bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak melaksanakan teknik latih tubi dan teknik penekanan ingatan.  Manakala guru-guru j-QAF pula memberikan perhatian serta tunjuk ajar yang tegas semasa aktiviti pemulihan dan perluasan Bahasa Arab, di samping itu tetap mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan belaian agar  pelajar dapat merasai keseronokan belajar .

            Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa yang menjalankan  kajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program yang telah dirancang dalam tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan mereka  amat bermakna untuk pengkaji melihat perjalanan program j-QAF ini demi mempertingkatkan pengajaran Bahasa Arab dan Jawi.
           
            Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan Al-Quran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah terhadap kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi,  tajuk ini amat bertepatan dalam suasana pendidikan  sekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi sedikit  gambaran berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.
 
Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi beberapa komen  berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

i.                    Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek penekanan rohani.

ii.                  Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa aktiviti anjuran sekolah.

iii.                Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangan  dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen daripada  pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dan  keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian pelajar berdasarkan program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

3.0       Kepentingan Kajian.
           
Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran komunikasi guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar yang berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1       Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini diharap dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran di samping memastikan kesempurnaan serta keseimbangan  jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.2       Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi mengkaji, menilai, menambah baikan  dalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan Islam dan projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis kajian.
3.3       Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan Islam khusunya program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
3.4       Memberi dorongan kepada seluruh  warga pendidikan agar dapat menghayati kaedah        dan prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan. Seterusnya dapat merealisasikan  objektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah, misi dan visi pendidikan Negara.

4.0      Objektif  Kajian.
4.1 Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti
      pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab
4.2  Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam  Mata Pelajaran Bahasa Arab
4.3  Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab
4.4  Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi guru  dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab




5.0      Soalan Kajian      
           
  1. Apakah jenis kemahiran komunikasi guru  dalam aktiviti Mata Pelajaran Bahasa Arab?
  2. Apakah terdapat perbezaan  tahap  kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab?
  3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?
  4. Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran komunikasi  guru dalam pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?

6.0     Batasan Kajian.

Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar.
Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada beberapa kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini akan meliputi Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum KSSR Pendidikan Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas ( Model Pemulihan Jawi, Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari skop kajian ini dan tidak akan dirujuk secara khusus oleh penulis.



7.0      Sorotan  Karya

            Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini, penulis telah melakukan tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang  mempunyai kaitan dengan tajuk kajian penulis. Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Zawawi Hj Ahmad (1988) Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Fajar Bakti : Kuala Lumpur. Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam kurikulum pendidikan j-QAF di Malaysia  dengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru dan isu-isu pendidikan Islam kini.

Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002) Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam dan  Sains Sosial, Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan Prof . Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi tema-tema penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti “Pendidikan menghadapi abad ke 21”,  “Falsafah pendidikan guru”, “Falsafah Pendidikan di Malaysia” , “Falsafah Pendidikan Islam” dan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian yang amat penting kepada penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980) Curriculum and Teachers Education, King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan intelektual Islam diseluruh dunia Islam yang merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dalam menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara umat Islam. Antara penulis dalam buku ini ialah Prof Ahmed al-Beely yang menulis” Konsep Kurikulum Pendidikan Islam”, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis “ Kurikulum Pendidikan Islam” Prof Afzalur Rahman yang menulis” Pendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Barat dan masalah kurikulum dan Sukatan Pelajaran”. Buku ini amat berguna kepada penulis di dalam menilai sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum pendidikan Islam yang juga dilaksanakan di negara-negara Islam seluruh dunia.


            Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi beberapa komen  berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:


iv.                segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v.                  Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa aktiviti anjuran sekolah.

vi.                Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangan  dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya dalam konteks pedagogi guru-guru Bahasa Arab dalam projek j-QAF.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dan  keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.






8.0   Metodologi Kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975). Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran penelitian.  Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF dan guru BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala kajian kualitatif pula akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran B.Arab melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru j-QAF lelaki dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arab  yang telah dilantik dan mengajar di sekolah serta pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program j-QAF dan yang belum terlibat. Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidik  dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.

8.1 Metod  Penganalisaan Data

Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 15.0.  Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat hubungan antara kemahiran guru dengan tahap kefahaman pelajar.

8.2 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan soalan-soalan yang akan diubahsuai daripada teknik “ Money Problem Checklist” yang telah diterjemahkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kemudian teknik ini  akan diubahsuai agar bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan. Kaedah soal selidik ini terdiri daripada angkubah-angkubah yang berhubungkait dengan model dan teknik serta penguasaan dan kemahiran guru dalam pengajaran Bahasa.

















9.0  Kerangka Konseptual

Kajian akan berlandaskan kepada Model Bryant (1974). Model ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan hasil pencapaian.

  
Faktor Latar Belakang                Strategi Pengajaran
                                              ( Kemahiran  KomunikasiGuru)

                                               
                                                      
                                                 Persekitaran                                   Pencapaian
 

    
Proses Pendidikan                         Pengaruh lain



Sumber : E.C.Bryant, Association Between Educational Outcomes And Background Variable
Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.
 

Rajah di atas menerangkan bahawa latar belakang dan proses pendidikan  memberi impak ke atas pencapaian seseorang pelajar. Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan meninjau proses pendidikan yang berlaku di sekolah melalui aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi guru dan kesannya dalam penguasaan Bahasa Arab.

Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti rajah berikut :

10.0   Kerangka Kajian


         Pembolehubah Bebas                                                 Pembolehubah Bersandar


Text Box: Kemahiran Komunikasi
 Guru
- kemahiran menerang dan 
   menyampaikan maklumat
- lisan Bahasa Arab
- lisan Bahasa  Melayu
- lisan Bahasa Inggeris
-  kemahiran Bahasa  Isyarat
                                      
                                          Tahap Kefahaman     
                                           pelajar
                                                        -           
-           
-                                                        dapat menjawab
                                              soalan  dengan betul
-                                                                                                     bertindak balas dengan
                                              betul
-                            menulis dengan betul                                              
-                                                                                                     keputusan ujian yang
                                                                            baik      
                                      
                


Berdasarkan Kerangka Kajian di atas, maka pengkaji akan melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan jenis kemahiran komunikasi yang dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemudian, sampel soal selidik akan melibatkan guru dan pelajar sekolah yang terlibat dengan pembelajaran Bahasa Arab.





11.0   Intepretasi Tahap Kefahaman Pelajar
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tidak dapat memahami dan bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Dapat memahami beberapa arahan dan melakukan tindak balas dengan minimum
Dapat memahami dan melakukan gerak balas dalam beberapa arahan dengan baik
Dapat memahami dan bertindak balas dengan baik dan memberikan respon yang pantas dalam aktiviti
Rajah 3 : Petunjuk tahap kefahaman pelajar.

12.0 Kesimpulan

Pengkaji amat berharap bahawa  kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, berfokus serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan.. Kemudian hasil kajian ini nanti diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan dalam rancangan dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya menjadi respon terhadap program j-QAF dan pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.

Bibliografi

Al-Qur’an al-Karim

Al-Hadith al-Syarif


Abd Rahim Abd Rahim. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan.
             Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.


Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran (2001), Kuala
            Lumpur: Utusan Publication.


Charles Issawi, M.A, (1963), An Arab Philosophy of History, Selections from the
           Prolegomena of Ibn Khaldun of Tunis (1332-1406), London: J. Murray


Ecless, J., Midgeley, C., Adler, T.F. (1984). Grade-related changes in the school environment: Effects on achievement motivation. In Advances in motivation and achievement, Vol 3. Edited by John, G.N Greenwich, Connecticut, JAI Press, 1984.


Hashim Musa (2001), Falsafah Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu
            Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu


Hassan Langgulung (2003), Asas-Asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pernerbit P.
             Pustaka al-Husna, cet. 5.


_______________ (1986),, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan Kuala
              Lumpur:DBP


Majid Fakhry, A Short Introduction To Islamic Philosophy, Theology and
              Mysticism (1997), (terj.) Jakarta: Penerbit Mizan.


Mohd Hussain Ali Yasin, Mabadi’ Asasiah Fi Turuk Tadris Al Am, Darul Qalam,
            Beirut, Lubnan

_____________________(2005), Budaya Berfikir Kritis Menurut Ibn Khaldun Sebagai Asas Pembinaan Budaya Berfikir Melayu Masa Kini, kertas kerja seminar antara bangsa budaya dan pemikiran antara negara China dan Malaysia, di Universiti Beijing China pada 6-12 Jun 2005.

Osman Bakar, “Beberapa Aspek Falsafah Ilmu”, dalam  Jurnal Kesturi, bil 2,
             Disember 1995


Sarton,George (1975), Introduction to the History of Science, New: York: Robert
             E Krierger, v.3


Stipek, D.J.(1984). Motivation to learn. From theory to practice. Englewood
            Cliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.


Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura:
            Pustaka Nasional, 2003.