Abstrak 1
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB
ABSTRAK
Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan hasrat kerajaan yang amat mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah. Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan dan bertulis dengan betul serta memberi gerak balas atau respon yang betul kepada pembelajaran mereka.
Abstrak 2
Oleh
Tay Guan Chai
Sek. Jenis Keb. Chung Hua Lingga,
94900, Lingga, Sri Aman
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan apabila saya dapati Roy dan Juli langsung tidak dapat menguasai fakta asas tambah yang secara tidak langsung mengakibatkan mereka tidak mahu membuat latihan Matematik. Demi membantu mereka menguasai fakta asas tambah, satu sesi pemulihan yang menekankan latih tubi diberikan kepada mereka. Latih tubi ini dimulakan dengan mengajar mereka menguasai fakta asas tambah dan seterusnya penguasaan konsep menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit dengan mengumpul semula dan jumlahnya kurang daripada 50. Analisis dibuat terhadap setiap ujian yang diberikan yang merupakan data kajian. Selain itu, teknik memberi kertas soal selidik, temu bual dan cacatan jurnal turut digunakan. Di akhir kajian, didapati mereka telah dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa Roy dan Juli sebenarnya bukan tidak pandai menyelesaikan fakta asas tambah tetapi faktor keprihatinan guru terhadap golongan yang lambat ini dalam menguasai ilmu matematik adalah penting.
Abstrak 3
|
Questia, a part of Gale, Cengage Learning. www.questia.com
http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=104618385
Publication Information: Book Title: Speaking, Reading, and Writing in Children with Language Learning Disabilities: New Paradigms in Research and Practice. Contributors: Katharine G. Butler - editor, Elaine R. Silliman - editor. Publisher: Lawrence Erlbaum Associates. Place of Publication: Mahwah, NJ. Publication Year: 2002. Page Number: *.
The ability to use language in more literate ways has always been a central outcome of education. Today, however, "being literate" requires more than functional literacy, the recognition of printed words as meaningful. It requires the knowledge of how to use language as a tool for analyzing, synthesizing, and integrating what is heard or read in order to arrive at new interpretations. Specialists in education, cognitive psychology, learning disabilities, communication sciences and disorders, and other fields have studied the language learning problems of school age children from their own perspectives. All have tended to emphasize either the oral language component or phonemic awareness. The major influence of phonemic awareness on learning to read and spell is well-researched, but it is not the only relevant focus for efforts in intervention and instruction. An issue is that applications are usually the products of a single discipline or profession, and few integrate an understanding of phonemic awareness with an understanding of the ways in which oral language comprehension and expression support reading, writing, and spelling. Thus, what we have learned about language remains disconnected from what we have learned about literacy; interrelationships between language and literacy are not appreciated; and educational services for students with language and learning disabilities are fragmented as a result. This unique book, a multidisciplinary collaboration, bridges research, practice, and the development of new technologies. It offers the first comprehensive and integrated overview of the multiple factors involved in language learning from late preschool through post high school that must be considered if problems are to be effectively addressed. Practitioners, researchers, and students professionally concerned with these problems will find the book an invaluable resource.